Unknown
Malaysia sebagai salah satu negara yang terkenal di dunia ini dikenali dengan salah satu keistimewaannya, iaitu masyarakat majmuk yang terdiri daripada tiga kaum utama: Melayu, Cina dan India.

Umum mengetahui, dengan adanya rakyat yang terdiri daripada etnik yang berbeza, nescaya kita dapat sama-sama menghayati budaya, adat resam, tradisi serta norma hidup saudara-saudara kita yang lain.

Dengan berbekalkan peluang untuk menyempurnakan folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, saya dengan suka citanya bersama-sama ahli kumpulan saya untuk menyediakan satu laman web yang bertemakan cara hidup rakyat Malaysia---dengan tujuannya untuk mendedahkan rakan sebaya kita kepada tanah air kita, Malaysia yang sebenarnya amat mempunyai daya tarikan.

Isi utama laman web ini akan menekankan perayaan utama yang disambut oleh berbilang kaum di negara kita.

Harap anda akan menyukai hasil kerja kita.
0 Responses

Post a Comment