Unknown

PERAYAAN DEEPAVALI.

Deepavali Perayaan Cahaya Penuh Simbolik












Perayaan Deepavali disambut  penganut Hindu setiap tahun

Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta Cahaya. Deepavali bermaksud ‘barisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.

Sambutan Perayaan di Malaysia

Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti umum di Malaysia.  Deepavali atau lebih dikenali sebagai ‘pesta cahaya’ disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di negara kita.

   


Mitos Hari Deepavali
Mitos yang paling terkenal di kalangan masyarakat India di Malaysia berhubung tujuan perayaan Deepavali adalah kisah Dewa Krishna membunuh Narakasura.   Seterusnya penduduk kampong telah meraikan kemenangan Kebaikan menewaskan Kejahatan dengan menyalakan lampu serta berpesta. Satu lagi mitos yang lebih terkenal di Benua Kecil India adalah berdasarkan epik Ramayana di mana Rama berjaya membunuh Ravana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman. Lalu, mereka bersama-sama Sita pulang dari Langka ke Ayodhya. Kepulangan mereka selepas 14 tahun disambut para penduduk dengan menyalakan lampu dan berpesta. Memandangkan kedua-duanya hanyalah mitos, tidak menjadi masalah kisah mana satu yang menjadi ikutan dan turutan di kalangan kaum India beragama Hindu yang menyambut Deepavali. Apa yang penting, simbol kebaikan atau Cahaya menumpaskan Kejahatan atau Kegelapan adalah menjadi pegangan utama mereka .

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat  di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Kepentingan esoterik




Bunga merupakan hiasan yang tidak dapat dipisahkan dari Divali seperti juga hiasan yang lain.

Walaupun Deepavali dikenali ramai sebagai "perayaan cahaya", namun erti esoteriknya yang terpenting ialah "kesedaran akan cahaya dalaman".

Yang penting dalam falsafah Hindu ialah penegasan bahawa terdapat sesuatu yang menjangkaui jasad dan minda jasmani yang tulen, abadi dan tak terhingga, iaitu Atman. Seperti mana kita menyambut kelahiran jasmani kita, Deepavali ialah sambutan Cahaya Dalaman, khususnya kesedaran akan cahaya ini yang mengatasi segala kegelapan (menanggalkan segala halangan dan melenyapkan segala kejahilan), menyedarkan individu akan sifat sejati dirinya, bukan dalam bentuk jasmani, sebaliknya dalm kenyataan yang abadi, tidak terhingga dan unggul. Dengan realisasi Atman, datangnya belas kasihan, kasih sayang sejagat, dad kesedaran seseorang akan segalanya (peningkatan pengetahuan), lalu membawa kepada Ananda (Kebahagiaan atau Keamanan Kedalaman).  



Deepavali diraikan melalui mercun, pelita, bunga, perkongsian gula-gula, dan sembahyang. Walaupun cerita di sebalik Deepavali berbeza dari tempat ke setempat, namun intipatinya tetap sama - untuk bergembira dalam Cahaya Dalaman (Atman) atau sebenarnya yang mendasari segalanya (Brahman).





Malam Sebelum Perayaan Deepavali

   

Pada malam itu juga diadakan upacara memasang pelita yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Tidak ketinggalan juga upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Kaum wanita juga pada malam itu akan mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri.

Memasang  Pelita (Vilakku)

Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Mereka akan memasang pelita “vilakku”. Lampu “vilakku” adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah dengan adanya lampu-lampu moden. Penganut agama Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi Laksmi yang akan datang melawat rumah mereka pada masa itu. Persiapan memasang lampu tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi Laksmi.

                                                              Kolam atau Rangoli



Rangoli  lambang penyembahan Dewa  Lakshmini

Penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan “kolam ” atau “rangoli” iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum tertib matahari. Biasanya “kolam ” ini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan.

Kemahiran membuat “kolam” ini biasanya diwarisi secara turun-temurun. Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia

Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.


Persiapan Di Pagi Hari Deepavali

Pada pagi perayaan pula, pada kebiasaannya seluruh ahli keluarga akan bangun lebih awal iaitu sebelum matahari terbit.

Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum matahari terbit. Penganut Hindu akan menjalankan upacara mandi minyak bijan bertujuan untuk penyucian badan dan semangat. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek.Seluruh keluarga akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.

Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau di kuil-kuil. Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. Penganut Hindu akan mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.


    

                                                   Manisan dan Juadah Deepavali

Manisan merupakan identiti masyarakat India. Manisan ini bukan sahaja diminati oleh kaum India tetapi juga masyarakat lain di negara ini termasuk pelancong asing. Dalam masyarakat India, manisan sering menjadi juada pembuka sebelum memulakan sesuatu majlis, acara atau hari perayaan. Mereka percaya ia mampu membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan. Itulah juga sebabnya manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih baik dan dialu-alukan.

Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional kaum india yang terkenal seperti halwa dan laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah “aloogobi” iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, “paneer” campuran masala bersama yourgart dan kari dal. Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti maruku dan adirasam dan payasam.  Muruku, Neiurundai dan Atherasam adalah merupakan kuih-muih tradisional orang India.



 

Pakaian Tradisional Deepavali

Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India semasa perayaan Deepavali adalah “Sari” untuk kaum wanita dan “Dhoti” untuk kaum lelaki.


Upacara Sembahyang

Penganut Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas menjalankan upacara penyucian. Penganut Hindu akan mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalungan bunga untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Selepas sembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan “Prasad” sebelum pulang ke rumah.

Sambutan  Deepavali Masyarakat Sikh

    


Masyarakat Sikh menyambut hari Deepavali atau dikenali sebagai Diwali di kalangan mereka di atas sebab yang berbeza.

Guru Nanak, yang juga merupakan pengasas agama Sikh pada suatu masa dahulu telah dipenjarakan oleh seorang Raja. Raja itu memaksanya makan tetapi beliau enggan dan berpuasa. Sejurus itu , barulah Guru Nanak sedar yang ramai orang telah berkumpul di luar penjara dengan memegang lampu sebagai tanda protes untuk membebaskannya.   Akhirnya, Raja itu sedar akan kesilapannya. Oleh kerana sikap tamaknya, dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang raja dan sebagai balasannya, dia membebaskan Guru Nanak. Kaum Sikh menyambut pembebasan Guru Nanak sebagai hari Deepavali.

Rumusan
Kehadiran perayaan ini bukan sahaja membuka ruang sanak-saudara merapatkan hubungan, malah kunjungan rakan daripada bangsa dan agama lain juga dialu-alukan. Mereka percaya ia mampu membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan di antara pelbagai kaum.
0 Responses

Post a Comment